Archive for Berita terkini

PEMBERITAHUAN

Salam kepada semua pengujung blog brotherboer.wordpress.com

Saya mendapat banyak email yang bertanyakan tentang kursus anjuran brotherboer.

Dukacita dimaklumkan, kami tidak lagi menganjurkan sebarang kursus atas sebab sebab tertentu.

Terus dapatkan info ternakan dan perniagaan terkini dari saya di http://brothermon.wordpress.com

Wasalam.

terima kasih atas kunjungan anda

Leave a comment »

Tarikh Kursus Terkini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Pertamanya, saya ingin memohon sejuta kemaafan sebab lambat update tarikh kursus..

Agak sibuk dgn urusan-urusan berkaitan kursus.

Ok disini saya nak maklumkan bahawa, tarikh terbaru untuk kursus telah ditetapkan iaitu pada

TARIKH : 13 APRIL 2008 - HARI AHAD

WAKTU : 9 pagi – 5 ptg

TEMPAT : Dewan JKKKK Kampung Sepakat, Kuala Selangor. ( Berebelahan dgn Kampung Kuantan yg popular dengan kelip kelip tu.. )

YURAN : RM100 termasuk makan minum, sijil dan nota kursus

- Kursus akan dikendalikan  oleh Peg dari Jabatan Haiwan, Bank Pertanian dan pihak kami sendiri.

- Sesi ceramah & teori pada sebelah pagi manakala sesi praktikal pada sebelah petang.

* Peluang masih dibuka kepada sesiapa yang ingin mendaftar untuk menyertai kursus….

 

Untuk keterangan lanjut,

Anda boleh menghubungi kami

Ikram @ Mon : 017 232 5676

En Dzahir      : 013 395 0887

 

 

Leave a comment »

TARIKH KURSUS DITUNDA!

Assalamualaikum dan salam Sejahtera buat semua,

“Salam Maulidul Rasul”

Selawat dan Salam keatas junjungan mulia Rasulullah saw.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar untuk menyertai KURSUS.

Dukacita dimaklumkan, atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, KURSUS TERPAKSA DITUNDA ke bulan April. Tarikh kursus akan diberitahu kemudian.

Namun demikian, kepada mereka yang masih berminat, anda boleh mendaftar dengan sms nama dan no ic kepada saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kursus kerana memahami situasi ini.

Sekian,

Terima Kasih,

Ikrami @ mon

+06017 232 5676

Leave a comment »

Tahniah…

Assalamualaum dan salam sejahtera buat semua..

Moga saudara saudari sihat hendaknya disampaing org yg tercinta dan kambing yang tersayang..hehe

Tahniah !

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yg telahpun mendaftar sebagai peserta untuk KURSUS INTENSIF SEHARI TERNAKAN KAMBING bersama kami.

Kepada anda yang berminat tetapi masih belum mendaftar, sila berbuat demikian secepat mungkin kerana peluang masih lagi dibuka. Yuran sebanyak RM100 shj dan kepada Pelajar IPT dan Graduan ..RM80. Yuran adalah termasuk makan minum, sijil penyertaan kursus dan juga nota & bahan kursus yang akan diberikan kepada setiap peserta.

Yang pasti, saya akan menjanjikan kepada anda satu suasana kursus yang tidak membosankan, tidak mengantuk dan pastinya lebih praktikal. InsyaAllah, pegawai dari Jabatan Haiwan Negeri dan juga wakil dari Bank Pertanian Malaysia akan turut bersama-sama dgn kita semua pada hari tersebut.

Ayuh anak muda, ayuh para belia…kita sahut seruan memulakan perniagaan sendiri dalam sektor ternakan. Kepada graduan dan siswazah, ini adalah peluang anda untuk menceburi bidang keusahawanan dalam sektor ternakan. Sikap positif dan tidak terlalu bergantung kepada org lain harus dipupuk dalam dira kita semua..agar kita lebih ebrdaya saing, bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melakukan sesuatu.

Kami masih menunggu  ‘ibu-ibu muda’ kami di kandang untuk melahirkan anak. Jika ada rezeki, mungkin para peserta kursus berpeluang menyaksikan proses kelahiran anak-anak boer di kandang kami. Kami juga masih menunggu 10 ekor lagi induk boer fullblood tiba dari Australia…

Apa pun, sekali lagi saya ingin mengajak belia diluar sana atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai KURSUS INTENSIF SEHARI TERNAKAN KAMBING anjuran kami bersama IEYMAS AGRO pada 23 MAC 2008 – AHAD.

Tahniah sekali lagi kepada yang telah mendaftar walaupun datang dari jauh..dari Bagan Serai pun ada, siap nak mai naik kereta api lagi..saya cukup kagum dengan semangat anak-anak muda dari Bagan Serai tu..kita jumpa nanti..

” Peluang hanya datang sekali dan pastinya masa tidak akan menunggu kita…tindakan pantas dan bernas kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok..”

Sekian,

Wassalam

Mohammad Ikrami @ Mon

017 232 5676

brother_mon@yahoo.com

BROTHER BOER AGRO

Leave a comment »

Sokongan PM kepada penternakan kambing..

27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah meminati bidang pertanian terutama produk buah-buahan dan sayur- sayuran.

Menurutnya, disebabkan minat itu Jeanne mengusahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana, Putrajaya.

‘‘Allahyarham Datin Seri Endon dulu minat batik, songket dan kraf tangan tetapi Jeanne suka pertanian, sayur-sayuran dan buah-buahan.

‘‘Di Seri Perdana kami pun ada kebun tetapi kebun yang dipilih ialah kebun ulam-ulaman,” kata Abdullah sambil berseloroh ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2007 di Dataran Batu Burok di sini hari ini.

Bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau turut mengamalkan dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Abdullah berkata, beliau turut menanam buah-buahan ‘rock melon dan ‘golden Langkawi’ secara fertigasi.

Perdana Menteri berkata, beliau juga membela dua ekor kambing yang dihadiahkan kepadanya di kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

‘‘Dahulu saya galakkan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) perbanyakkan ladang kambing Boer dan dia sedang usahakan kerana kambing itu jenis baik dan cepat membesar.

‘‘Saya pun ada kambing Jamnapari, depa bagi dua ekor. Saya hantar balik ke Kepala Batas suruh Shariff Omar (Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani) jaga. Saya pun lama tak tanya khabar tentang kambing itu.

‘‘Selepas itu saya teringat, apa khabar kambing saya, berapa ekor anaknya. Saya tanya Datuk Osman Desa, Setiausaha Politik saya, dia senyap membisu. Saya tanya, Man dengar tak saya tanya, dia jawab dengar Datuk Seri.

‘‘Saya tanya habis kenapa tak jawab, dia kata susah sikitlah Datuk Seri… kambing Datuk Seri orang curi. Saya kata kambing Perdana Menteri pun kena curi, macam mana ini?” kata Abdullah sambil disambut dengan hilai tawa kira-kira 10,000 hadirin.

Bagaimanapun, Abdullah memberitahu, kambing tersebut telah diganti dan kini sudah mempunyai 10 ekor anak.

Sebelum itu, Abdullah yang tiba di Terengganu pagi ini diberikan sambutan meriah termasuk diiringi 50 motosikal berkuasa tinggi, 50 beca berhias, paluan gendang kaum Cina dan India serta muzik rodat.

Bertemakan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’, sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2007 diadakan selama seminggu bermula dari 27 Ogos sehingga 2 September ini.

Majlis penutup program itu akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 September ini.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.