Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..
dengan izinya..dengan pertolonganNya..
KURSUS INTENSIF TERNAKAN KAMBING anjuran kami berjaya juga dilaksanakan.
Seramai 20 orang telah hadir manakala 10 org lagi tak dapat hadir atas sebab peribadi dan akan terus join next kursus pada bulan JUN nanti.
Kepada semua peserta kursus, tahniah saya ucapkan. Kami doakan yang terbaik buat anda di masa akan datang. Semoga Ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya. Maafkan kami jika terdapat sebarang kelemahan. Akan kami perbaiki dari semasa ke semasa.
Apa yang saya dapat rumuskan, kursus ternakan kambing terutamanya memerlukan lebih sesi praktikal daripada teori. Yang pasti, kami akan terus merancang kursus yang terbaik seperti kehendak anda. Kita lebihkan praktikal dan suasana santai.
Kursus seterusnya insyaAllah akan diadakan pada bulan JUN. Tarikh akan saya maklumkan kemudian.
Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke kandang kami yang tak seberapa di Kampung Sepakat, Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Sila maklumkan kepada kami sebelum datang….
Gambar-gambar kursus akan saya upload dalam masa yang terdekat untuk tatapan anda semua.
Terima kasih sekali lagi buat sahabat-sahabat seperjuangan AIDIL & AZMAL yg banyak membantu dari segi masa, tenaga dll. Jasamu dikenang.
forum said,
December 1, 2008 @ 1:10 am
Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan – usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum, Blog, Iklan DLL) dalam bidang yang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan DLL. http://www.gem.socialgo.com