Archive for April, 2008

Tahniah & Terima Kasih..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..

dengan izinya..dengan pertolonganNya..

KURSUS INTENSIF TERNAKAN KAMBING anjuran kami berjaya juga dilaksanakan.

Seramai 20 orang telah hadir manakala 10 org lagi tak dapat hadir atas sebab peribadi dan akan terus join next kursus pada bulan JUN nanti.

Kepada semua peserta kursus, tahniah saya ucapkan. Kami doakan yang terbaik buat anda di masa akan datang. Semoga Ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya. Maafkan kami jika terdapat sebarang kelemahan. Akan kami perbaiki dari semasa ke semasa.

Apa yang saya dapat rumuskan, kursus ternakan kambing terutamanya memerlukan lebih sesi praktikal daripada teori. Yang pasti, kami akan terus merancang kursus yang terbaik seperti kehendak anda. Kita lebihkan praktikal dan suasana santai.

Kursus seterusnya insyaAllah akan diadakan pada bulan JUN. Tarikh akan saya maklumkan kemudian.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke kandang kami yang tak seberapa di Kampung Sepakat, Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Sila maklumkan kepada kami sebelum datang….

Gambar-gambar kursus akan saya upload dalam masa yang terdekat untuk tatapan anda semua.

Terima kasih sekali lagi buat sahabat-sahabat seperjuangan AIDIL & AZMAL yg banyak membantu dari segi masa, tenaga dll. Jasamu dikenang.

 

Comments (1) »

Tarikh Kursus Terkini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Pertamanya, saya ingin memohon sejuta kemaafan sebab lambat update tarikh kursus..

Agak sibuk dgn urusan-urusan berkaitan kursus.

Ok disini saya nak maklumkan bahawa, tarikh terbaru untuk kursus telah ditetapkan iaitu pada

TARIKH : 13 APRIL 2008 - HARI AHAD

WAKTU : 9 pagi – 5 ptg

TEMPAT : Dewan JKKKK Kampung Sepakat, Kuala Selangor. ( Berebelahan dgn Kampung Kuantan yg popular dengan kelip kelip tu.. )

YURAN : RM100 termasuk makan minum, sijil dan nota kursus

- Kursus akan dikendalikan  oleh Peg dari Jabatan Haiwan, Bank Pertanian dan pihak kami sendiri.

- Sesi ceramah & teori pada sebelah pagi manakala sesi praktikal pada sebelah petang.

* Peluang masih dibuka kepada sesiapa yang ingin mendaftar untuk menyertai kursus….

 

Untuk keterangan lanjut,

Anda boleh menghubungi kami

Ikram @ Mon : 017 232 5676

En Dzahir      : 013 395 0887

 

 

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.