Archive for January, 2008

lagi induk Fullblood dibawa masuk..

 

Salam sejahtera semua,

Shipment Brother Boer seterusnya akan sampai hujung bulan Januari 2008 InsyaAllah jika segalanya berjalan dengan lancar.

Kami membawa masuk 10 ekor induk boer Fullblood untuk dijadikan baka terbaik, kambing bakal tiba di KLIA tak lama lagi dan dibawak ke kandang.

Kambing-kambing Fullblood yang dibawa masuk adalah dari ladang dan susur galur keturunan yang amat berkualiti.

Kambing-kambing ini bukan untuk dijual dalam masa terdekat. Sebaliknya proses pembiakan akan dilakukan di ladang kami yang terletak di Kuala Selangor. Kualiti kambing dari segi baka,keturunan,fizikal dll adalah keutamaan kami bukannya kuantiti. Sekian..jumpa lagi..

Leave a comment »

Produk dan Perkhidmatan

Antara produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Brother Boer adalah seperti berikut

1) Kambing Baka Boer Fullblood

2) Kambing Feral untuk Akikah dan lain2.

3) Kambing Boer Cross untuk Korban

4) Baja Organik

5) Khidmat menyediakan Kertas Kerja

6) Khidmat nasihat percuma.

Hubungi kami kerana kami mesra! :)

017 232 5676 – Ikrami

013 222 7269 – Baharudin

Comments (1) »

Sokongan PM kepada penternakan kambing..

27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah meminati bidang pertanian terutama produk buah-buahan dan sayur- sayuran.

Menurutnya, disebabkan minat itu Jeanne mengusahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana, Putrajaya.

‘‘Allahyarham Datin Seri Endon dulu minat batik, songket dan kraf tangan tetapi Jeanne suka pertanian, sayur-sayuran dan buah-buahan.

‘‘Di Seri Perdana kami pun ada kebun tetapi kebun yang dipilih ialah kebun ulam-ulaman,” kata Abdullah sambil berseloroh ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2007 di Dataran Batu Burok di sini hari ini.

Bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau turut mengamalkan dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Abdullah berkata, beliau turut menanam buah-buahan ‘rock melon dan ‘golden Langkawi’ secara fertigasi.

Perdana Menteri berkata, beliau juga membela dua ekor kambing yang dihadiahkan kepadanya di kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

‘‘Dahulu saya galakkan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) perbanyakkan ladang kambing Boer dan dia sedang usahakan kerana kambing itu jenis baik dan cepat membesar.

‘‘Saya pun ada kambing Jamnapari, depa bagi dua ekor. Saya hantar balik ke Kepala Batas suruh Shariff Omar (Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani) jaga. Saya pun lama tak tanya khabar tentang kambing itu.

‘‘Selepas itu saya teringat, apa khabar kambing saya, berapa ekor anaknya. Saya tanya Datuk Osman Desa, Setiausaha Politik saya, dia senyap membisu. Saya tanya, Man dengar tak saya tanya, dia jawab dengar Datuk Seri.

‘‘Saya tanya habis kenapa tak jawab, dia kata susah sikitlah Datuk Seri… kambing Datuk Seri orang curi. Saya kata kambing Perdana Menteri pun kena curi, macam mana ini?” kata Abdullah sambil disambut dengan hilai tawa kira-kira 10,000 hadirin.

Bagaimanapun, Abdullah memberitahu, kambing tersebut telah diganti dan kini sudah mempunyai 10 ekor anak.

Sebelum itu, Abdullah yang tiba di Terengganu pagi ini diberikan sambutan meriah termasuk diiringi 50 motosikal berkuasa tinggi, 50 beca berhias, paluan gendang kaum Cina dan India serta muzik rodat.

Bertemakan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’, sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2007 diadakan selama seminggu bermula dari 27 Ogos sehingga 2 September ini.

Majlis penutup program itu akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 September ini.

Leave a comment »

Kambing Feral untuk dijual

Kemaskini pada Januari 2008

1. Kambing Feral untuk Akikah dll.

RM650 seekor . Harga boleh runding. No Problem.

017 232 5676 – mon

Lokasi : Kuala Lumpur.

Leave a comment »

Goat for meat production

MEAT GOAT PRODUCTION FOR SMALL-SCALE FARMERS
By Claude McGowan and Godfrey Nurse

Introduction
As ruminants, goats share the advantage of efficiently utilizing fibrous feeds. It is their special characteristics, which have established their important role in supplying highly desired food and fiber. Let us examine some of the characteristics of goats and their advantages in agricultural development efforts.

A. SMALL SIZE
Goats are small, ranging in mature weight from 30 to 170 lbs. Their small size is directly associated with other important traits such as nutrient requirements for maintenance and low capital cost per head. Because they are small, they can efficiently utilize marginal and small plots of land. The risk of investment is reduced by smaller individual size, allowing more production units per unit of investment.

B. REPRODUCTIVE EFFICIENCY
Most goats found in this country are seasonal breeders. The normal breeding season is August to March. The shorter gestation intervals (average 150 days) and lactation periods (60 days when sucking alone) combined with the presence of the male, have a strong influence in terminating lactational and seasonal anestrus does. As a result, native wood or brush goats, as they are often referred to, are capable of having three kidding every two years.

C. FEEDING BEHAVIOR
The goat tends to flourish under a wide variety of conditions, feeding on a wide variety of browse plants and shrubs when the availability of grass is low. Goats are selective feeders tending to select the better quality portions of plants. Thus, the goat’s resourcefulness and its preferred browsing strategy makes it conducive to extensive production systems especially when tree leaves, shrubs, browse plants and grasses are readily available. With extensive production, the animals obtain their substance by grazing or browsing at will with light supplementation, and minimum capital and managerial input.

D. HEALTH
Goats are susceptible to all diseases and parasites as other ruminants. When heavily stocked on grass or managed under confinement conditions, goats seem more prone to heavy infestation compared to cattle. Coccidia may cause severe problems under these conditions. Intensively managed flocks may benefit form vaccinations for enterotoxemia, especially when large quantities of concentrate feeds (corn) are utilized.

E. BREEDS

BREEDS

ORIGIN

Dairy Type

 

Alpine

Europe

La Mancha

Europe

Oberhasli

Europe

Toggenburg

Europe

Meat Type

 

Boer

South Africa

Ma Tou

China

Kambing Kajang

Malaysia

Pygmy (Dwarf)

West Africa

Spanish

Texas

Wood goats

Southeastern U.S.

Black Bengal

India, Pakistan

Milk and Meat Type

 

Damascus

Syria

Barbari

India, Pakistan

Jamnapari

India, Pakistan

Fiber

 

Cashmere

Iran, China

Angora

Turkey, South Africa, Texas

Skins

 

Red Sokoto

West Africa

Leave a comment »

Apa itu Boer Fullblood dan Cross?

Berdasarkan pengamatan saya, ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, kambing boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan kambing boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross.

Boer Fullblood (FB)adalah kambing boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan manamana baka kambing lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar, iaitu cepat membesar dan membiak. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM2,000 seekor.

Boer F1 – adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM700 seekor.

Boer F2 – adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F1.

Boer F3adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F2.

Boer F4adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F3.

Purebreed - adalah gelaran bagi F4 (bagi betina) dan F4 keatas bagi jantan.

Feral goatadalah kambing asal Australia. Masa memula orang putih tiba di Australia beratus tahun dahulu, mereka lepaskan kambing. Mereka takut tersesat, sekurang-kurangnya boleh tangkap kambing. Selepas beberapa lama kambing tu jadi peliharaan lading ladang disini. Ada juga pemilik lading ladang yang amat luas menangkap sahaja kambing ini yg membiak liar. Jadi harga kambing ni memang murah.

Oleh itu ramai orang tak sedar. Mereka ingat semua kambing yang diimport dari Australia tu boer goat. Semoga korang tak tertipu…

Sumber : “Boer Goat Farm, Resort & Training Center” Terima Kasih.

Leave a comment »

Hubungi kami

Mohammad Ikrami ( mon )

Managing Director 

017 232 5676 

email : brother_mon@yahoo.com

Baharudin Mohd Nif ( Din )

Operating Director 

013  222 7269 

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.